اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Di suatu petang yang damai di tepi tasik yang indah lagi menenangkan saya dan rakan-rakan melahirkan apa yang terbuku di hati. [sesi muhasabah diri]
Dulu masa belajar…
Make sure bangun pagi pukul 5.45, lps solat subuh mesti baca al-quran at least 1 page. Waktu antara maghrib dan isya’ habiskan dengan baca al-quran atau pun dengar kuliah di masjid.
Sekarang masa bekerja…
Beep..beep..bunyi alarm..ala kejap la 5 mins..beep..beep.. bunyi lagi…5 mins more..zzzz..alih2 kul 6.30 baru bangun. Lepas subuh kadang-kadang baca Al-quran, kadang-kadang x sempat baca..alasan: nak bersiap p keje, takut terlewat. Waktu maghrib dan isya’…x baca al-quran bila outstation, alasan: lupa bawa al-quran..Solat berjemaah, memang xde dah la skrg ni.
Dulu masa belajar…
Puasa ganti selalu tunaikan lepas abeh cuti raya bila balik asarama, sambung pulak dengan puasa 6. Isnin dan khamis selalu puasa sunat.
Sekarang masa bekerja…
Puasa ganti asik tangguh…alasan: baru abeh cuti, balik office ni banyak open house & open office..nak buat puasa 6, dah abeh bulan syawal. Puasa sunat isnin dan khamis, jarang-jarang..alasan: ada meeting la isnin ni..ada makan-makan, nanti boss ajak makan.. ada event la khamis ni..mesti penat nak handle.
Dulu masa belajar…
Tak akan guna duit sewenang-wenangnya..beli barang-barang keperluan saja. Cuma kadang-kadang je bila ada extra belanja diri sendiri dengan benda kegemaran. Tak salah kan sekali sekala manjakan diri.
Sekarang masa bekerja…
Boros bukan main lagi, kalau dapat shopping..huhu tak ingat! konon-konon shopping is mind theraphy...alasan: duit sendiri kan..
Apa khabar iman kita hari ini? [pernah tak tanya soalan ni pada diri sendiri?]
Ini bukan sbb nak buka pekung siapa-siapa atau pun memalukan siapa-siapa..tapi sekadar untuk saling ingat mengingati..semakin hari, kita semakin bijak membina dan memberi alasan..pernah terfikir tak kenapa?
Teringat kata-kata seorang ustazah masa sekolah dulu..
“kamu jangan rasa terkongkong dengan peraturan-peraturan ni semua, ni la masa kamu semua nak didik diri, nak suburkan perkara baik dalam diri, ni la masanya kamu nak balaja perkara-perkara yang kamu tak mungkin dapat/ balaja bila kamu dah kerja nanti..ada je alasannya”
Nah…betuikan kata-kata ustazah..Alasan..alasan dan alasan..
Sambung ustazah lagi..
“Kamu beruntung di sini, kamu tak terhalang dengan urusan dunia yang lain, jadi kamu ambik la peluang sementara kamu masih diberi kesempatan dan kelapangan.”
Sungguh benar kata-kata ustazah.
Kesibukan urusan dunia dijadikan alasan!
Sangat rindukan masa-masa lalu. Sangat tenang.
Mulai dari hari ini, marilah kita bermula semula. Biar berdikit-dikit asalkan sentiasa melakukannya. InsyaAllah ganjaran besar buat kita nanti.
Comments
betul tu..kehidupan dulu n sekarang mmg berbeza, tp semua tu x boleh jadikan alasan..dan jgn manja dengan alasan...
Apapun sama2 kita usaha untuk jadi lebih baik.