Sunday, August 12, 2012

Bila anak dara melaram

Dicatat oleh: hanniKASIM pada 10:51 PM 1 comments Links to this post
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 Dari hari sabtu lagi anak dara 2 orang x berenggang langsung dengan saya, suruh balik rumah masing-masing pun taknak, de je alasannye "mak x pesan pun suruh adik balik", "adik nak tido dengan maklong malam ni"...hahaha... ghupe-ghupenye deme ada agenda! Deme nak ikut saya g pekan..oooo..

hari ni anak dara 2 orang ni sangat la baik..pe disuruh sume ikut, suruh tido..dua-dua tido [haha aman cket maklong nak menjahit], suruh makan..dua-dua makan sampai abeh [lau tak, asik main je sampai xmo makan]...jadi baik, almaklumlah nak ikut maklong nanti.

Sampai pekan..bukan main excited lg..kami singgah di expo sempena raya ni..masing-masing dok belek baju dan tudung..saya try pakaikan tudung pada salah sorang, yang sorang lagi cakap "kat adik tak try lagi, adik nak try jgk" dah la dua-dua ngaku adik..huhu

Malas nak dok lama-lama kat sana..lagi lama lagi banyak la baju yang akan dirembat untuk deorang..Maklong nye baju n tudung canne?

On da way balik...salah sorang cakap "Adik xmo balik umah mak, adik nak g umah maklong" aduhai anak..esok skolah la.. yang sorang lg pun iakan jugak "Adik pun nak g umah maklong"...

Sampai umah..nganm2 waktu berbuka..sekali lagi deorang jadi anak-anak yang sangat mendengar kata.."Adik duduk dulu, maklong nak bukak puasa, nak mandi, nak Allahuakbar dulu..nanti baru kita try baju ni ok"..dan duduklah mereka berdua dengan baik depan TV sambil menanti saya dengan sabar.

tengok la muka happy deorang, ni belum request nak pakai makeup, lipstick & segala bagai...ni la yang buat dunia saya sangat indah!

Friday, August 3, 2012

Menu berbuka yang simple!

Dicatat oleh: hanniKASIM pada 8:40 AM 0 comments Links to this post
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Masa jalan-jalan singgah blog Cik Epal, terjumpa resipi Murtabak Maggi Special yang Cik Epal buat. Simple tapi nampak menyelerakan. So, apalagi saya pun mencuba la resipi yang dikongsi Cik Epal. Sape-sape yang nak try, dapatkan resipi di blog Cik Epal ye.
 Jom tengok hasil tangan saya ^_^ ...

Tomato * Sosej

Tomato * Sosej * Maggie * 2 Biji Telur - dicampurgaul, siap untuk digoreng.

dan hasilnya...

v
v
v
v
v
v
v

tada...

haha...1 pinggan besar la jugak..

Tuesday, July 31, 2012

I Won't Give Up

Dicatat oleh: hanniKASIM pada 12:29 PM 0 comments Links to this post
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Perhatian! kepada yang berkenaan...

Hayati lirik ni betui-betui...

Sunday, July 15, 2012

Yang Mana Satu

Dicatat oleh: hanniKASIM pada 6:29 AM 0 comments Links to this post
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Gambar kat atas adalah adik-beradik saya.. Gambar ni diambil ms raya 2009. Agak susah kami nak bergambar bersama…ye la masing2 dok jauh dek kerana tugas n blaja..time raya atau kenduri-kendara je la kami leh kumpul sama.

Sape leh teka yang mana adik n yang mana kakak? And apa persamaan kami berempat? Hehehe…ada yang sama ke….bg yg kenal sy, deorang cakap sy lain dr yg lain…ingat lg ms kecik2 dl…cousins selalu cakap yg sy ni anak angkat sbb sy lain dr yg lain…huhu sedih tul..

P/S:Hanni Kasim, Hazel Kasim, Syilla Kasim and Nurul Tieqa Kasim permata ayah bonda. Kami sayang mak n ayah.

Thursday, July 5, 2012

Birthday Voucher From Heritage Hotel

Dicatat oleh: hanniKASIM pada 12:03 AM 2 comments Links to this post
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
minggu ni adalah minggu outstation...
Isnin - bergerak ke KL
Selasa - Meeting di KL
Rabu - Bengkel di Ipoh @ Heritage Hotel
Khamis - Pagi: Meeting di SUK Perak, Petang: Taklimat Teknologi di Impiana Hotel Ipoh
Jumaat - cam malas je nak masuk ofis....tp boleh ke??????
Tak sangka pulak dapat Birthday Wish dari pihak hotel, saya happy malam ni, so saya terus update blog ni dari bilik no 432 Heritage Hotel.
Terima kasih Heritage Hotel

Alhamdulillah,
Terima kasih Ya Allah untuk usiaku yang telah Engkau berikan, aku masih diberikan peluang sehingga hari ini untuk menikmati hidup yang sementara ini
Terima kasih atas setiap rezeki yang Engkau kurniakan yang menjadikan aku cukup,
Terima kasih atas setiap dugaan yang Engkau berikan kerana menjadikan aku lebih kuat dan tabah menjalani kehidupan,
Terima kasih atas bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan kepadaku yang menjadikan aku seronok dan nikmat berkerja,

Ya ALLAH,
panjangkanlah usiaku, agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang, moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya.
Ya ALLAH,
tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiaku,
Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalanku.

Amin..

Monday, June 11, 2012

Jom ceriakan harimu

Dicatat oleh: hanniKASIM pada 12:54 PM 0 comments Links to this post
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Dicatat oleh: hanniKASIM pada 8:20 AM 1 comments Links to this post
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ditujukan khas untuk warga pendidik - terima kasih atas jasa anda mendidik anak bangsa

Tuesday, May 15, 2012

Best sangat!

Dicatat oleh: hanniKASIM pada 8:48 AM 0 comments Links to this post
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Boleh perdengarkan pada anak-anak masa nak tidurkan mereka. Semoga besar mereka menjadi muslimah solehah. Amin

**Budak dua orang tu suka dengar lagu ni!

Monday, May 14, 2012

Adik rajin belajar

Dicatat oleh: hanniKASIM pada 12:13 PM 0 comments Links to this post
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Last week berkobar-kobar nak blk kampung, tak sabar nak jumpa 'budak dua orang ni'. Nak tahu sape budak dua orang ni...sila baca di sini ye..

Lepas abeh keje terus drive balik umah mak, singgah kat rumah deorang ni dulu [umh deorang ni sebelah menyebelah je]. Nampak je kereta saya, tersengih-sengih, terlompat-lompat dua orang ni..

Ingat nak la dok sembang-sembang kejap dengan mak deorang. Belum sempat duduk..

"Maklong, takyah duduk la, jom kita g umah maklong, adik lama dah tak g umah maklong" ai..cepat je dia.

Sampai kat rumah...

"Ok, Bais ngan Wawa dok sat, maklong nak Allahuakbar [solat]"

"Maklong, satgi adik nak main laptop maklong na"

hamboiiii...kemain lagi dia..dua-dua sama.
Jom layan aksi budak dua orang ni..

video
Mari Belajar

video
Play time

soalan cepu emas: Bila anda mula-mula guna komputer / notebook / pegang mouse?

Wednesday, May 9, 2012

Dulu vs Sekarang: Alasan semata-mata

Dicatat oleh: hanniKASIM pada 12:26 PM 3 comments Links to this post
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Di suatu petang yang damai di tepi tasik yang indah lagi menenangkan saya dan rakan-rakan melahirkan apa yang terbuku di hati. [sesi muhasabah diri]

Dulu masa belajar…
Make sure bangun pagi pukul 5.45, lps solat subuh mesti baca al-quran at least 1 page. Waktu antara maghrib dan isya’ habiskan dengan baca al-quran atau pun dengar kuliah di masjid.

Sekarang masa bekerja…
Beep..beep..bunyi alarm..ala kejap la 5 mins..beep..beep.. bunyi lagi…5 mins more..zzzz..alih2 kul 6.30 baru bangun. Lepas subuh kadang-kadang baca Al-quran, kadang-kadang x sempat baca..alasan: nak bersiap p keje, takut terlewat. Waktu maghrib dan isya’…x baca al-quran bila outstation, alasan: lupa bawa al-quran..Solat berjemaah, memang xde dah la skrg ni.

Dulu masa belajar…
Puasa ganti selalu tunaikan lepas abeh cuti raya bila balik asarama, sambung pulak dengan puasa 6. Isnin dan khamis selalu puasa sunat.

Sekarang masa bekerja…
Puasa ganti asik tangguh…alasan: baru abeh cuti, balik office ni banyak open house & open office..nak buat puasa 6, dah abeh bulan syawal. Puasa sunat isnin dan khamis, jarang-jarang..alasan:  ada meeting la isnin ni..ada makan-makan, nanti boss ajak makan.. ada event la khamis ni..mesti penat nak handle.

Dulu masa belajar…
Tak akan guna duit sewenang-wenangnya..beli barang-barang keperluan saja. Cuma kadang-kadang je bila ada extra belanja diri sendiri dengan benda kegemaran. Tak salah kan sekali sekala manjakan diri.

Sekarang masa bekerja…
Boros bukan main lagi, kalau dapat shopping..huhu tak ingat! konon-konon shopping is mind theraphy...alasan: duit sendiri kan..

Apa khabar iman kita hari ini? [pernah tak tanya soalan ni pada diri sendiri?]

Ini bukan sbb nak buka pekung siapa-siapa atau pun memalukan siapa-siapa..tapi sekadar untuk saling ingat mengingati..semakin hari, kita semakin bijak membina dan memberi alasan..pernah terfikir tak kenapa?

Teringat kata-kata seorang ustazah masa sekolah dulu..

“kamu jangan rasa terkongkong dengan peraturan-peraturan ni semua, ni la masa kamu semua nak didik diri, nak suburkan perkara baik dalam diri, ni la masanya kamu nak balaja perkara-perkara yang kamu tak mungkin dapat/ balaja bila kamu dah kerja nanti..ada je alasannya”

Nah…betuikan kata-kata ustazah..Alasan..alasan dan alasan..

Sambung ustazah lagi..

“Kamu beruntung di sini, kamu tak terhalang dengan urusan dunia yang lain, jadi kamu ambik la peluang sementara kamu masih diberi kesempatan dan kelapangan.”

Sungguh benar kata-kata ustazah.

Kesibukan urusan dunia dijadikan alasan!

Sangat rindukan masa-masa lalu. Sangat tenang.

Mulai dari hari ini, marilah kita bermula semula. Biar berdikit-dikit asalkan sentiasa melakukannya. InsyaAllah ganjaran besar buat kita nanti.

Cerita Kita Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal