Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..
Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil.. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia..
Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita.. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..
Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kita, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kita sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kita tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing dan mungkin kita ada kekuatan yang dapat mengubah si dia supaya hidupnya bermakna dan mungkin kita sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si dia ada sesuatu kelebihan yang kita sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kita..
Sumber: forwarded email from a fren.
Comments