Masihkah kita ingat…setahun yang lalu, sebulan yang lalu, seminggu yang lalu, sehari yang lalu, sejam yang lalu…berapa kalikah kita mengalunkan zikir, menyebut nama – nama Allah??? Kurang??? Jarang – jarang ??? tak sebut langsung???
Kenapa jadi macam ni??? Padahal zaman sekolah dulu, hari – hari kita alunkan di perhimpunan, di masjid…dan juga menjadi lagu / zikir yang biasa kita alunkan tanpa disuruh atau dipaksa.
Jadi, mulai hari ni…marilah kita sama-sama ulangi kebiasaan itu. Banyak fadhilat yang kita akan perolehi darinya.
Fadhilat amalan
- Daripada Abu HUrairah r.a beliau berkata: Rasulullah bersabda “sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama, iaitu seratus kurang satu, sesiapa yang menghafal seluruhnya masuklah ia ke syurga” (hr Bukhari)
- Sabda Nabi s.a.w “Sesunnguhnya Allah mempunyai 99 nama. Sesiapa yang menhafalnya dimasukkan ke dalam syurga dan sabda baginda lagi sesiapa yang di dalam duka dan runsing lalu berdoa seperti di atas maka Allah s.w.t akan menghapus duka dan runsing dan digantikan dengan kegembiraan”
Doa Asma alhusna
اَللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ مَاضٍ فِيْ حُكْمُكَ عَدْلُ فِيْ قَضَاؤُكَ أسْألُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتُ بِهِ نَفْسَكَ أوْ أنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ أوْ عَلَّمْتَهُ أحَدً مِنْ خَلْقِكَ أوْ اَسْتَأثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ وَنُوْرَ صَدْرِيْ وَجَلاَءَ خُزْنِيْ وَذَهَابَ هَمِّيْ
Maksudnya
“Ya Allah, sesungguhnya aku hambaMU dan hambaMU dan anak hamba perempuanMU, uburku dalam genggamanMU. PerintahMU telah lalu atas diriku dan Engkau Maha Adil dalam qada’MU”
“Aku memohon kepadaMU dengan segala namaMU yang Engkau berikan atau Engkau turunkan di dalam kitabMU atau Engkau mengajarkan sesiapa makhlukMU atau Engkau sembunyikan ilmu ghaib (dalam) pengetahuanMU disisiMU supaya jadikan Al-Quran penyejuk hatiku dan penerang dadaku serta manghapuskan duka dalam diriku”
Comments