Aku telah memberi dan memberi. Aku mengharapkan mereka menerima dan memahami apa yang aku berikan. Rupa-rupanya mereka seringkali tidak memahami apa yang cuba kusampaikan..Sedar tidak sedar aku begitu kecewa. Kecewa yang teramat sangat.
Mujurlah aku dikelilingi oleh orang-orang yang positif. Lantas, aku mula mempelajari sesuatu… Dalam hidup ini kita tidak boleh terlalu berharap. Sebesar mana harapan yang kita berikan besar lagi kekecewaan yang bakal kita rasakan. Benar kata orang “memberilah tanpa mengharapkan balasan”. Berilah kasih-sayang tanpa mengharapkan dibalas kasih-sayang. Kerna di situ kita akan memahami makna IKHLAS.
Aku tidak mengerti kenapa sukar untuk mereka memahami walaupun hanya seringkas teori dan semudah fakta yang telah tertulis. Akukah yang tidak pandai ‘mempersembahkannya’ atau sememangnya mereka kurang bijak mencerakin maklumat dan fakta.
Aku berterima kasih kerna hadirnya mereka menghadiahkan aku sesuatu yang teramat bernilai..iaitu definisi sebuah kehidupan. Ia tidak semudah yang kita angan-angankan. Kita tidak semestinya memperolehi apa yang kita impikan. Kita juga tidak boleh memaksa takdir berputar mengikut kehendak kita.
Kini aku sudah berhenti berharap pada sesuatu yang terlalu jauh..biarlah kita sama-sama berpijak pada bumi yang nyata..
kita tidak mampu mencintai orang lain,
jika kita tidak mencintai diri sendiri,
dan kita tidak mampu mencintai diri sendiri,
jika kita tidak mencintai Allah.
sumber: Blog seorang rakan, Raihan Jaafar

Comments