Permata yang hilang



Alfatihah untuk Allahyarham En. Azizan b. Abdul Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Abg Zan.


Sepanjang perkenalan saya dengan abg Zan, beliau seorang yang ceria dan suka buat lawak..pasti ada sahaja tutur katanya yang mencuit hati... dan sebab itu lah tidak rasa bosan walaupun terpaksa melalui perjalanan yang jauh bila beliau menghantar saya bila ada tugasan luar.


Pemergian beliau amat terasa dan terkesan di hati rakan-rakan sekerja.  Begitu juga saya..actually kebelakangan jarang-jarang Abg Zan hantar saya bertugas diluar sebab kene giliran org lain..so, jarang-jarang jumpa dan borak dgn dia.  Ditakdirkan Allah memang nak saya berjumpa dengan dia, last sunday Abg Zan hantar saya dan Sly ke Ipoh untuk bowling tournemant..kami berborak dan bergurau macam biasa..on da way back memang nampak Abg Zan sangat penat..itulah kali terakhir saya bersama-sama Abg Zan.


Bila dapat berita beliau tenat di hospital pada semalam...rasa lemah lutut..saya dengan housemate bergegas ke hospital Baling...sangat sedih tengok keadaan Abg Zan masa dalam ward. Waktu tu hanya doa je dapat dititipakan. Ramai rakan sekerja berkumpul di sana. Masing-masing berdoa agar umur beliau dipanjangkan. Tapi Allah lebih menyayangi beliau dan ini adalah ketentuanNYA. Belaiu pergi mengadap Ilahi kira-kira pukul 12.30 pagi.


Jadi bersama-samalah kita berdoa agar roh beliau ditempatkan oleh Allah di kalangan orang-orang yang beriman.

Comments

en_me said…
Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatihah untuk allahyarham en azizan..