Masa mula-mula saya create blog ni, saya masih bekerja di KL dengan company lain. Saya berkerja di sana hampir 3 tahun..sekarang saya bertukar company dan attached di Perak. Sangat berbeza suasana kerja di sana dan di sini. Saya prefer suasana kerja di sana.
Di sana walaupun saya tension dengan work load..still saya boleh perform, sebab saya boleh fokus.
Di sini...work load banyak, kerenah pun banyak, dan kerenah-kerenah ini yang menghalang saya untuk fokus. Sampai satu ketika, saya suka bila ramai yang cuti sebab saya boleh buat kerja dengan aman. Mungkin jugak sebab dulu saya hanya buat kerja-kerja development, tapi kerja sekarang banyak cabang minor development, desicion maker, maintenance [printer paper jammed pun panggil saya..ADUH!] dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Di sana bila ada nak buat projek baru, boss akan biarkan saya buat research dulu, baru discuss dengan dia dan team member yang lain..mana yang setuju, dan mana yang tak perlu. Pendek kata saya bebas suarakan pendapat, cadangan dan idea walaupun tak semestinya pendapat, cadangan dan idea tu diterima. Boss memang menghargai setiap pendapat, cadangan atau idea yang dilontarkan. Dengan perghargaan itu saya jadi lebih bersemangat utuk buat yang terbaik untuk sesuatu projek.
Di sini, mereka tahu mengarah je..dan pulak tu nak on the spot. Mereka tak faham kerja-kerja programming ni, mereka ingat sekelip mata je dah boleh settle. Contohnya, bila ada error pada sistem, dah la x buat report main cakap mulut je, siap tunggu kat dlm bilik..Hello... saya perlu inspect apa puncanya dulu, perlu teliti coding dulu. Sometimes i can figured out the cause and find solution immediately, sometimes it took hours to settle tau.
Di sini juga saya sukar untuk mendapat kerjasama dari sesetengah staff. Ini menyebabkan kelewatan untuk siapkan satu-satu kerja. Bukannya saya tak keluarkan arahan atau memo. Ntah la saya tak faham, kadang-kadang saya rasa mereka buat endah tak endah je dengan perkara yang berkaitan dengan IT. Takkan la sampai setiap kali saya nak kena pergi mintak dari meja ke meja..hoho
Di sana walaupun kami berbeza pangkat dan kedudukan, namun tak terasa perbezaan tu kerana kami saling berkongsi susah dan senang sesuatu projek / kerja. Setiap orang jalankan tanggungjawab masing-masing, saling tolong-menolong, tak berkira.
Di sini yang senior-senior nak tunjuk hebat [sesetengah nye la], nak tunjuk yang mereka tahu semua benda. Bukan la saya nak mintak mereka tunduk menyembah saya, cuma sikit pengiktirafan yang saya ni lebih berpangkat daripada mereka. Saya hormatkan mereka sebagai senior, orang yang berpengalaman, yang dah lama kerja. Saya akui ada sesetengah perkara memang mereka lebih mengetahuinya, lebih pakar dan saya tidak malu dan teragak-agak untuk bertanya supaya lebih faham. Tetapi tidak bagi mereka, mereka fikir saya orang baru, muda, tak banyak pengalaman. Saya cuma mintak pandangan, cadangan dan pendapat saya didengar...terima atau tak, itu cerita kemudian.
Di sana kerja saya dihargai..even sekecil mana sekali pun, so saya lebih bersemangat untuk berkerja.
Di sini dah la kena paksa buat benda yang kita tak suka, sikit penghargaan pun takde [bukan la nak mengharapkan penghargaan yang besor-besor..cukup sekadar ucapan terima kasih]. Bagi mereka IT tak menyumbang apa-apa.
Hehehe..nampak sangat kan banyak benda yang tak best di sini. Ni yang buat rindu nak kerja macam di sana.. Anyway, I’ll try my best here, don’t mind what people say, don't care what people think, as long as I do the right thing and complete my task!
Comments