Ramadhan’s wish list

Salam Ramadhan untuk semua.

Aha, ingat time birthday je ke leh buat wish list? Sempena ketibaan Ramadhan yang mulia saya buat Ramadhan's Wish List mudah-mudahan Allah makbulkan semua yang saya hajati. Ye la, di bulan yang mulia ni, kita sangat dekat dengan Allah, dan ALLAH MAHA MENDENGAR. Ramadhan Wish List ni terhasil sebab saya ada terbaca di internet. Nak tau sila layari www.productiveramadhan.com.


 

So, here my Ramadhan's Wish List:

  1. Mohon keampunan dari Allah ada yang terlalai sebelum2 ni.
  2. Dimurahkan rezeki walau di mana sy kene posting, lagi bagus kalo dpt blk ke tempat lama – nak simpan duit bw mak ayah p Mekah.
  3. Dipelihara akidah, akhlak dan dielokkan peribadi.
  4. Semoga ayah sihat seperti sedia kala, kurniakan kesihatan untuk mak n ayah.
  5. Dipercepatkan, dimudahkan dan ditemukan dengan jodoh yang baik.


     

    My Husband has made me laugh, wiped my tears, hugged me tight, saved my life, watched me succeed, seen me fail, cheered me on, kept me going strong, put up with my mood swings, has said everything will be alright when things get tough, keeps me sane. My husband is a promise from Allah that I'll have a friend forever..

    A great husband I WISH TO HAVE ^^


     

  6. Dapat sambung Master tahun ni (2011) dan berjaya lulus dengan cemerlang dalam masa yang ditetapkan.
  7. Dihilangkan segala keraguan, kebimbangan yang berhuni di hati.
  8. Dilapangkan dada dan fikiran agar saya dapat buat keputusan yang terbaik.
  9. Diterima dan disenangi orang walau di mana saya berada.
  10. Dijauhi dari hasad dengki.


 

Ya Allah aku bermohon kepada-Mu pada apa-apa yang Engkau tetapkan dan Engkau takdirkan berupa perkara yang pasti dalam urusan yang bijaksana, berupa qadha yang tidak dapat ditolak dan diganti. Tuliskanlah bagiku diantara orang yang berhaji ke rumah-Mu yang mulia; yang mabrur hajinya, yang dihapuskan kesalahannya, yang diampuni dosanya, yang diterima amal usahanya, dan jadikanlah pada apa yang Engkau tetapkan dan Engkau taksirkan berupa perkara yang pasti dalam urusan yang bijaksana dalam malam kadar, berupa qadha yang tidak dapat ditolak dan tidak dapat diganti; panjangkanlah usiaku, luaskan rezekiku.


 

P.S: RAMADHAN di awalnya rahmah, pertengahannya maghfirah dan akhirnya pembebasan dari api neraka. Jadi marilah kita manfaatkan peluang ini dengan meningkatkan ibadah, iman dan taqwa. Semoga diterima amalan.

Comments

kakyong said…
hanni,
semoga tercapai segala yg dihajati..
hajat yg baik pasti diberkati..
hannikasim said…
Amin....
tq kakyong...