Solat Sunat Dhuha - Pembuka Pintu Rezeki

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ni hr jumaat, penghulu segala hari..semoga kita semua diberkati olehnya.

Tiap-tiap pagi masa breakfast, Hanni terperasan ada sorang staff bertudung labuh, akan masuk ke surau, pada waktu yang sama..Hanni dapat tau beliau ke surau untuk tunaikan Solat Sunat Dhuha. SUBHANALLAH...inilah contoh wanita solehah..

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

"Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan"
-Hadis riwayat Tirmizi 

"Atas tiap segala sendi,daripada seseorang kamu, berkehendakan sedekah, maka tiap2 tasbeh adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, begitu juga menyeru kepada makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah, Dan memadai daripada yang demikian itu dua rekaat solat sunat dhuha"
-Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Daud.

Waktu mengerjakan Solat Sunat Dhuha

Dhuha adalah nama kepada waktu. Dalam Islam, setiap waktu ada namanya tersendiri, setiap waktu juga ada keistimewaan dan keberkatan. Jadi DHUHA adalah antara sesudah terbit hingga sebelum tertegaknya matahari. Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).


Cara-cara menunaikan Solat Sunat Dhuha

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
** lakukan dgan keyakinan, ketenangan & pohon murah rezeki..


Doa Dhuha



unic - doa dhuha.mp3

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh

Aminnnn..

Comments